Thursday, 10 March 2016

Cara Menyediakan Pedey - Lokching Ustazah - Satay Ikan

Arahan / Instruction
Cara menyediakan Pedey Lokching Ustazah / Satay Ikan


1. Defrost - Nyahbeku / defrost lokching pada suhu bilik / panas selama 30 - 60 minit.
2. Heat-Up - Panaskan lokching di dalam kuali / pan yang telah dipanaskan sehingga lokching kembang dan kelihatan masak (2-3 minit).
3. Melt-Down - Panaskan sos pencicah istimewa lokching di dalam kuali / pan yang telah dipanaskan sehingga sos cair sepenuhnya.
4. Ready - Lokching telah pun sedia untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Enjoy!








Lokching / Satay Ikan Ustazah










Satay Ikan merupakan satu produk makanan yang berasal daripada negara Thailand. Satay Ikan thai-style ini juga lebih dikenali sebagai Lokching di negeri pantai timur dan perkataan Lokching berasal dari negara Thailand.

Lokching diproses menggunakan isi ikan, tepung kanji, garam dan bahan common yang lain dan dibentuk seperti bebola.

Lokching ini diproses di kilang di Kelantan oleh pengusaha muslim dan produk adalah selamat dimakan oleh orang islam.

Lokching ini diedarkan dalam keadaan sejuk beku, pengguna hanya perlu nyahbekukan lokching dan hanya panaskannya di dalam kuali atau pan tanpa menggunakan minyak. 

Lokching ini diedarkan bersama sos pencicah lokching istimewa ala Thai.